Saturday, November 15, 2008

MARI BERKONGSI

ALIRAN dunia perniagaan kini mengikut peredaran teknologi maklumat (IT) apabila konsep perdagangan elektronik (e-dagang) diperkenalkan bagi membantu usahawan agar lebih maju dan efektif.Pengarah Urusan Overseas Delight Sdn Bhd (ODSB), Iskandar Awang, berkata platform e-dagang membantu syarikat mempromosikan perniagaan hingga ke luar negara bagi meningkatkan keuntungan."Memulakan perniagaan secara e-dagang ini bukanlah susah dan mahal sehingga mencecah ratusan ribu ringgit seperti yang dianggap sesetengah pihak kerana modal serendah RM600 boleh menjajakan produk hingga ke luar negara," katanya.ODSB yang berpengalaman dalam teknologi membekalkan sistem pemasaran 'online' kepada pelanggan jualan langsung, perkhidmatan pelanggan, operasi syarikat berskala besar, kewangan dan rangkaian pemasaran luas.Menurut beliau, beberapa pakej laman web pasang siap seperti web korporat, web rangkaian, web jualan, web pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan web portal mampu memberi pelbagai kemudahan memasarkan produk atau perkhidmatan."Kemampuan laman web e-dagang antarabangsa dan tempatan seperti Yahoo!, Google, eBay dan Alibaba terbukti menghasilkan pulangan lumayan," katanya.Kelebihan konsep e-dagang termasuk pasaran global melalui internet, tidak memerlukan kedai dan stok, perniagaan dapat dijalankan 24 jam, maklumat lebih lengkap serta sistem automatik seperti proses pembelian yang lebih mudah.

No comments: